|

Puan Hajah Roslina binti Hj. Hashim
Guru Besar SK Saujana Impian
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat kita mewujudkan laman web sekolah sendiri yang telah lama kita
rancang. Semoga keredhaan Allah dalam pelaksanaan aktiviti ini akan
membuahkan hasil yang sangat baik untuk anak didik SK Saujana Impian
ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada
pihak PIBG sekolah terutamanya YDP PIBG, Tuan Hj. Abdul Rahman serta
ahli jawatankuasanya kerana memberi bantuan daripada segi kewangan
dan moral kepada sekolah untuk melaksanakan projek ini.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada AJK Pelaksana laman web
sekolah yang terdiri daripada guru-guru yang bertungkus lumus bagi
menjayakan projek ini. Usaha-usaha bagi pelaksanan sesuatu projek
memerlukan pengorbanan daripada semua pihak dan ternyata pengorbanan
ini membuahkan hasil yang memberangsangkan terutama terhadap
pembangunan akademik, ko-kurikulum seterusnya disiplin pelajar.
Semoga dengan adanya laman web ini dapat memperkenalkan sekolah ini
ke seluruh dunia disamping membawa sekolah seiring dengan arus
perkembangan IT.
Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam program ini. Sesungguhnya Tuhan
akan memberkati.
Seterusnya sempena Tahun Baru 1431 Hijrah dan Tahun 2010 Masihi,
diharapkan semua warga SKSI akan terus berusaha dan bekerjasama
untuk memastikan kecemerlangan yang dikecapi akan berterusan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekian, terima kasih.
|