Header image  
Pemenang Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2008  
  

 
 


 
Terdapat dua jenis rekod membaca murid dikemaskini setiap bulan. Pertama ialah Jauhari yang melibatkan murid Tahun 1 sehingga Tahun 6. Manakala yang kedua merupakan data Rekod Pembaca yang hanya melibatkan murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Anda boleh melihat data murid-murid dengan memilih tahun persekolahan yang berikut:

 

JAUHARI

 

RAKAN PEMBACA

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

 



 
 
 

TAHAP PERLAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

 Perlaksanaan program NILAM ini dibahagikan kepada 2 tahap:

-   Jauhari

-   Rakan Pembaca

 1. JAUHARI

Pada peringkat ini, murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar.  Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:


Anugerah

Jumlah buku dibaca

Gangsa

90-179

Perak

180-269

Emas

270-359

NILAM

360 ke atas

  

2. RAKAN PEMBACA

 Ciri-ciri Rakan Pembaca

Pelajar yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku

Pelajar pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru semasa aktiviti dijalankan

-  Pelajar yang terpilih sebagai Rakan Pembaca akan diberi latihan dan sesi tunjuk cara

Aktiviti dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan bersama rakan sebaya

Pemarkahan diberi mengikut jadual sistem ganjaran Rakan Pembaca

 

Markah

Pengiktirafan

100-199

Gangsa

200-299

Perak

300-399

Emas

400 ke atas

NILAM

 

 
    (c) 2009 SKSaujanaImpian.com